Kritikan dan pujian Matt Bellamy

Persembahan Bellamy di Virgin Festival bertempat Toronto menggunakan Gitar Manson; Chrome Bomber Manson.

Bellamy diletakkan di No. 19 oleh Gigwise's di dalam senarai The 50 greatest Guitarist Ever.[7] Pembaca Total Guitar telah mengundi dan meletakkan Bellamy ditangga No. 29 di senarai Top 100 Guitarists of All Time. Riff gitar dari lagu "Plug in Baby" diletakkan di No. 13 oleh Total Guitar's poll dalam senarai Top 100 Riffs of All Time.

Pada tahun 2005, Majalah Kerrang! meletakkan beliau ditangga No. 28 dalam"50 Sexiest People in Rock". Cosmopolitan juga memilih beliau sebagai rocker paling seksi pada tahun 2003 and 2004. Majalah NME  beliau sebagai 14th Greatest Rock 'n' roll Hero of all time, mendahului John Lennon and Bob Dylan. Bellamy memenangi anugerah Sexiest Male Award di 2007 NME Awards.[8] Beliau menang berturut-turut bagi tahun 2009, 2010, 2011, 2013 2014 hanya tercalon 2012. Bellamy, bagaimanapun, menyatakan bahawa beliau "terlalu pendek untuk kelihatan seksi" (dengan ukuran 5' 7"), dan anugerah tersebut sepatutnya diberikan kepada Dom Howard, drummer kepada Muse. Pada 2001 and 2012 di NME awards, Bellamy memenangi "Hero of the year award".

Pada 26 September 2008, University Plymouth ahli kumpulan Muse dianugerahkan ijazah doktor kehormat dalam bidang seni bagi mengiktiraf jasa mereka dalam industri muzik[9]

Dalam satu edisi Total Guitar pada Januari 2010, Bellamy dinamakan sebagai "Guitarist of the Decade" dan diisytiharkan sebagai "the Hendrix of his generation".[10] Dalam Guinness Book of World Records 2010, Bellamy memegang rekod dunia sebagai gitaris yang paling banyak memusnahkan gitar ketika konsert. Rekod ke-140 dicatat di Absolution Tour. Pada April 2010, Bellamy telah dinamakan sebagai ke-8 terbaik antara ketua kumpulan sepanjang masa oleh majalah Q.[11] Pada Disember 2010, pembaca MusicRadar mengundi Bellamy sebagai the 9th Greatest Lead Singer of all time.[12] Pada 2010, BBC Radio 6 menjalankan sebuah tinjauan dan menempatkan Matt Bellamy ditempatkan ke-3 antara gitaris terhebat sepanjang 30 tahun.[13]

Rujukan

WikiPedia: Matt Bellamy http://www.contactmusic.com/news.nsf/story/bellamy... http://www.gigwise.com/photos/40852/32/The-50-Grea... http://www.goodreads.com/quotes/872728-being-an-at... http://www.muselive.com/index.php?m=single&id=5043 http://www.muselive.com/index.php?m=single&id=5779 http://www.musicradar.com/news/guitars/the-30-grea... http://www.nme.com/news/muse/58030 http://www.nme.com/news/muse/76668 http://www.nme.com/news/streets/23467 http://www.nme.com/photos/the-greatest-guitarists-...